PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT DAERAH 2014

Pada 25 Januari 2014 ( Sabtu ) berlangsung Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kategori Rendah dan Menengah bertempat di SMK Tengku Intan Zaharah Dungun.
SK Sura menghantar beberapa orang peserta untuk pertandingan tersebut. Keputusan pertandingan tersebut, peserta SK Sura telah menjadi Johan Lelaki dan Johan Perempuan bagi kategori sekolah rendah. Dua peserta tersebut ialah Muhammad Hafizuddin bin Zulkifli ( Johan Lelaki ) dan Athiera Fatneen binti Dr Rosman ( Johan Perempuan ) , manakala seorang lagi peserta dari SK Sura juga iaitu Alya Nabihah binti Azmi mendapat tempat ke 5. 
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan tersebut dan menjadi pendorong kepada murid-murid lain untuk lebih cemerlang, bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah bidang kokurikulum juga.







Previous
Next Post »