Ujian Saringan Kemasukan Kelas DLP

Aktiviti : Ujian Saringan Kemasukan Kelas DLP
Tarikh : 4 Januari 2017
Tempat : SK Sura
Catatan :

Beberapa orang murid Tahun 1 sedang menjalani ujian saringan bagi memenuhi tempat di Kelas DLP bagi sesi 2017.

Apa Itu Program DLP?

- DLP (Dual Language Programme)
- program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan guru besar serta kesediaan sekolah melaksanakannya.
- antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).








Previous
Next Post »