SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah 2014 telah diadakan di Padang Astaka Dungun pada 30 Januari 2014 ( Khamis ). SK Sura telah menghantar seramai 30 orang peserta ( murid-murid ) serta 7 orang guru pengiring ke majlis tersebut termasuk Tuan Guru Besar, En Wan Abdul Razak bin Wan Idris, GPK Petang dan beberapa orang guru lain. Dalam pertandingan perarakan tersebut SK Sura mendapat tempat ke 2, di belakang SK Sultan Omar. Pihak sekolah berasa bangga di atas kejayaan ini. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan perarakan ini.



Previous
Next Post »