PERSIAPAN SEBELUM PERSEKOLAHAN SESI 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
        Di sini, admin ingin memaklumkan bahawa sebelum sesi persekolahan bermula pada sesi tahun 2014, pihak sekolah telah menetapkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Antaranya, guru-guru dikehendaki hadir ke kursus LADAP bermula dari 18 hingga 23 November yang melibatkan mata pelajaran KSSR Tahun 4. Selain itu, guru-guru yang telibat sebagai penyelaras atau pengerusi unit dalam bidang Kurikulum, KoKurikulum dan HEM diminta menyiapkan Buku Perancangan Tahun 2014 dan dihantar selewat-lewatnya pada 1 Disember 2014. Ini juga termasuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2014 yang juga harus diisi dalam Perancangan Excel 2014 dan dihantar ke emel Guru Besar untuk digabung. Pelan Strategik juga mesti dibuat tetapi pada awal persekolahan tahun 2014. Semoga guru-guru yang terlibat mengambil cakna dan perhatian di atas info yang diberikan. Jika ada masalah boleh rujuk kepada Tuan Guru Besar. Wassalam...
Previous
Next Post »