KURSUS FROG VLE GURU-GURU SK SURA DI PKG SERI DUNGUN 2013

Kursus FROG VLG telah berjaya diadakan di bilik mesyuarat PKG Seri Dungun pada hari ini ( Sabtu ) , 28 September 2013. Kursus ini adalah kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua guru. Untuk hari ini, seramai 50 orang guru terlibat ( Kumpulan 1 ) dan satu kumpulan guru yang mempunyai bilangan guru yang sama akan diadakan pada 5 Oktober pada hari dan masa yang sama. Kursus ini disampaikan oleh Penyelaras Bestari merangkap Guru Frog SK Sura iaitu En Che Rozali bin Che Mat dan dibantu oleh En Nasharuddin bin Daud. Kursus ini dijalankan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Peserta kursus didedahkan dengan penggunaan frog iaitu pengajaran dan pembelajaran secara maya atau berbantukan komputer. Diharapkan semua guru yang menghadiri kursus ini mengemaskini laman frog masing-masing bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada tahun hadapan. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar, Wan Abd Razak bin Wan Idris dalam melancarkan perjalanan kursus ini. Admin juga adalah salah seorang peserta kursus tersebut. Semoga kursus seperti ini memberi ilmu pengetahuan yang baharu kepada semua warga sekolah terutama guru-guru dan murid.











Previous
Next Post »