MAJLIS SAMBUTAN KEHADIRAN GURU BESAR BARU KE SK SURA

Tanggal 18 September 2013, berlangsung majlis sambutan kehadiran guru besar yang baru ke SK Sura iaitu En Wan Abd Razak bin Wan Idris. Majlis bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Guru besar baru ini diiringi oleh Penolong Pegawai PPD Dungun, En Idris bin Bidin. En Wan Abdul Razak menggantikan guru besar En Alias bin Dolah yang bersara wajib pada 1 Ogos yang lepas.  Semoga semua guru dan murid SK Sura memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru besar yang baru agar SK Sura terus cemerlang dan gemilang pada masa-masa yang akan datang.


Previous
Next Post »