PERLAKSAAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH 2013

Pada hari Sabtu ( 26 Oktober 2013 ) , pihak SK Sura telah mengadakan sesi ceramah untuk ibu bapa berkaitan dengan Perlaksanaan Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah bertempat di Dewan Gemilang SK Sura bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Penceramah yang memberikan pendedahan tentang sarana ini ialah Dr Zulkifli bin Awang iaitu Jurulatih Negeri Perlaksanaan Sarana dan juga Ketua Eksekutif Imbasan Nilai Sdn  Bhd. Lebih 500 orang ibu bapa hadir untuk tujuan tersebut. Selepas program sarana ibu bapa berjumpa dengan guru kelas bagi program Temu Murni pula untuk menandatangani keputusan peperiksaan anak masing-masing bagi sesi 2013. Semoga kecaknaan yang begitu tinggi ibu bapa terhadap sekolah dan anak-anak, akan memberi kejayaan yang berganda bagi anak-anak dan juga pihak sekolah.








Previous
Next Post »