SOLAT HAJAT SEMPENA PEMBINAAN BILIK GURU BARU




Salam sejahtera.

Pada hari ini Rabu jam 1.30 ( 4 Mei 2011 ), pihak pengurusan sekolah dan guru-guru lelaki mengadakan sembahyang Zohor secara berjemaah dan Solat Hajat sempena pembinaan bilik guru baru sekolah ini. Semoga apa yang dihajatkan supaya pembinaannya berjaya dan selesai dengan baik akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Minggu ini masuk minggu ke 2, projek pembinaan bilik guru ini dijalankan. Selepas solat hajat guru-guru lelaki dihidangkan dengan jamuan nasi kukus. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program pada hari ini.
Previous
Next Post »