KEJAYAAN SEKOLAH PERINGKAT MSST - MEI 2011




Salam sejahtera.
Semasa perhimpunan pagi tadi ( Ahad - 8 Mei 2011 ), majlis penganugerahan sijil, hamper dan wang tunai telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Alias bin Dolah kepada Wan Nabihah binti Wan Abd Razak yang menjadi Johan dalam Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Terengganu pada 6 dan 7 Mei 2011 yang berlangsung di Hulu Terengganu. Selepas penyampaian hadiah, semua murid diperdengarkan hafazan oleh Wan Nabihah. Kemudian beliau ditemuramah oleh guru besar SK Sura berkenaan dengan kejayaannya meraih tempat pertama di dalam pertandingan tersebut.
Kedua, pada masa yang sama, pingat emas juga disampaikan kepada 3 orang murid sekolah ini oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Tuan Haji Mohd Nawi bin Haji Sidek kerana mendapat Johan dalam Kejohanan Sofbol L12 peringkat MSST di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu. Murid tersebut ialah :
1. Amin Raziman bin Abd Aziz
2. Muhammad Hilman bin Saipu Rahman
3. Mohd Iqbal Alif bin Suhaimi

Pihak sekolah mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta tersebut kerana mengharumkan nama sekolah.
Previous
Next Post »