ROMBONGAN LAWATAN GURU-GURU SK SURA










Salam sejahtera.

Satu rombongan lawatan guru-guru SK Sura bersama keluarga diadakan pada hari Khamis lepas iaitu 28 April 2011 ( bertolak 10.30 malam ). Hadir sama dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Mansor ( PK HEM ), Tuan Guru Besar, Cg Alias bin Dolah dan guru-guru lain bersama keluarga. Destinasi yang dituju ialah Melaka, Nilai 3, Sogo dan Restoran Nelayan ( Titiwangsa ). Tiba di Melaka pada jam 5.30 pagi dan Solat Subuh di Masjid Al-Azim. Peserta rombongan bersarapan di Bandar Hilir Melaka. Jam 9.30 pagi ( Jumaat ) bertolak ke Nilai 3 untuk membeli-belah.
Jam 3.30 petang pula, ahli rombongan bershopping di Kompleks Sogo. Jam 6.30 petang hingga 7.45 malam, ahli rombongan makan malam di Restoran Nelayan, Titiwangsa. Jam 8.30 bertolak balik ke Dungun. Peserta rombongan tiba di perkarangan SK Sura pada 30 April 2011 jam 2.30 pagi. Admin ikut sekali dalam rombongan tersebut bersama keluarga. Semoga lawatan guru-guru SK Sura ini memberi satu kenangan terindah di dalam diari kehidupan masing-masing.







Previous
Next Post »