MAJLIS AKUJANJI PENGAWAS SEKOLAH 2011






Assalamualaikum...dan selamat sejahtera.Pagi Ahad 6 Februari, Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan Majlis Akujanji Pengawas Sekolah sesi 2011. Majlis diadakan selepas perhimpunan mingguan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Rusmadi selaku Pen Penyelaras 1 BDS,dimulakan dengan sesi Pilihan Raya Kecil bagi pemilihan JK Pengawas Sekolah.Sesi pemilihan secara pilihan raya ini adalah yang julung kali diadakan dalam sejarah SK Sura.Selepas itu diikuti dengan majlis menandatangi surat Akujanji Pengawas.
Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar,yang memeberi ucaptama dengan menyatakan harapan beliau supaya pengawas-pengawas yang dipilih sesi ini akan terus dengan sikap amanah dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas di sekolah.Dalam ucapan itu,beliau juga mengumumkan Mohamad Ariff Fadilah dari kelas 6G dan Nurul Nadhirah-6G telah memenangi kerusi Ketua Pengawas Lelaki dan Perempuan 2011.Beliau seterusnya merasmikan Bilik Gerakan Badan Disiplin Pengawas.Sejurus selepas itu majlis diikuti dengan bacaan ikrar pengawas yang di ketuai oleh Ketua Pengawas 2011 dan penyerahan surat akujanji kepada Tuan Guru Besar.
BDS mengucapakn terima kasih kepada semua JK program yang menjayakan majlis ini.Kita berjumpa lagi dalam Kem Kepimpian Pengawas bulan Mac nanti..Insya Allah.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
31 Mac 2011 pada 6:34 PTG ×

guru besar makin lama,makin tegas n hensem...
terasa pulak nak sks semula... pengawas2 pun nampak makin cergas n bersemangat... harap2 tahun ni pecah rekod..amin!!! salam buat pelajar sks.. drpd:ainul mardhiah

Congrats bro ainul mardhiah :D you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar