MAJLIS PERSARAAN PN HJH RAMLAH

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog SK Sura.Khamis;13 Januari adalah hari terakhir buat Pn Hjh Ramlah berkhidmat sebagai seorang guru.

Pada tarikh ini, Pn Hjh Ramlah telah bersara dari lapangan pendidikan.Setelah mencurahkan bakti selama 33 tahun sebagai seorang guru,anak kelahiran Dungun ini telah menghabiskan perkhidmatannya yang terakhir di SK Sura.
Walaupun ruang masa yang agak terhad, namun sambutan untuk Pn Hjh Ramlah dapat juga diadakan dengan jayanya.Dimulakan dengan perarakan masuk dari pintu pagar utama,diarak dengan paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Sekolah,terus ke Dewan Gemilang.Disudahi majlis dengan sesi bersalaman dengan murid-murid SK Sura.Dan tepat 12.45 tengahari,Pn Hjh Ramlah 'punch card' nya yang terakhir.
Majlis diteruskan pada jam 2 petang, untuk sesi jamuan persaraan.Majlis diadakan di Hotel UiTM Dungun.
Kepada Pn Hjh Ramlah, selamat bersara.Bakti dan jasamu tetap akan dikenang dan dihargai.Semoga Pn Hjh diberi keberkatan dan kebahagian.Ameen.Terima kasih Pn Hjh, dari kami warga SK Sura!
Previous
Next Post »