MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA / GURU DAN MOTIVASI UPSR 2011




Assalamualaikum...dan selamat sejahtera.Pihak sekolah dibawah kelolaan Unit UPSR sekolah telah mengadakan Majlis perjumpaan Ibu Bapa / Guru dan Motivasi UPSR 2011 pada 9 Feb 2011.Majlis diadakan di Dewan Gemilang sekolah.

Majlis ini merupakan salah satu program yang telah disusun atur untuk perancangan tahunan Unit UPSR sekolah.Bermula pada jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keselamatan dan keberkatan moga-moga apa yang dirancang,dicanang dan dibincangkan akan mendapat persetujuan bersama demi kepentingan anak-anak didik di SK Sura.
Sejurus selepas itu, Tuan Guan Besar mengambil alih majlis dengan perbentangan "kerja buat" yang dicadangkan untuk murid-murid UPSR 2011.Di dalam ucapan itu, beliau menyatakan bahawa konsep yang diterapkan di sekolah adalah berasaskan konsep kekeluargaan, di mana segala permasalahan,kemusykilan dan cadangan mestilah sentiasa dibuat dua hala iaitu diantara ibu bapa dan guru-guru, para pendidik SK Sura.Dengan ini, tegas beliau ia akan dapat membantu menambahbaik demi kepentingan pendidikan anak-anak di sekolah.
Tepat jam 11.30 pagi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun;En Idris bin Bidin telah hadir ke majlis selaku dif jemputan yang dijemput khas untuk memberi motivasi kepada ibu bapa dan guru-guru.Dan pada akhir majlis, beliau mengharapakan pada tahun ini, SK Sura akan terus gah dengan kecemerlangan nya dalam UPSR dan menjadi sumber terbesar penyumbang jumlah bilangan 5A teramai dalam UPSR 2011 Daerah Dungun.Insya Allah.

# 63 orang target 5A 2011 - kenaikan 3% dari tahun 2010.
Previous
Next Post »