HARI PENDAFTARAN SESI 2011






Salam dan bertemu kembali.
Tinggal lagi 3 hari untuk sesi persekolahan 2011 bermula.Pihak sekolah mendapat maklumat bahawa, sesi persekolahan dibuka pada hari Isnin-3 Jan 2011.Ini kerana disebabkan cuti khas yang diberikan sempena Malaysia berjaya merangkul gelaran Juara Piala Suzuki AFC buat kali pertamanya.SKS mengucapkan syabas kepada wira-wira Malaysia.
Hari ni, pihak sekolah telah mengadakan sesi pendaftaran untuk murid Tahun 1-6 sesi 2011.Bagi Tahun 1, satu taklimat khas telah diadakan di Dewan Gemilang.Dalam taklimat ini, GB mengalu-alukan murid-murid Tahun 1 yang mendaftarkan diri untuk menimba ilmu di SKS.Dan seperti biasa dalam setiap ucapan, GB seringkali mengigatkan dan menjanjikan kepada para ibu bapa bahawa, guru-guru SKS akan sentiasa memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada anak didik mereka.Dalam sesi ini jugak, Pn. Norashidah telah memberikan taklimat tentang program KSSR (Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah) kepada ibu bapa.Beliau merupakan Jurulatih Utama KSSR Negeri.Selepas itu, diikuti dengan taklimat yang diberikan oleh Pn. Kamisah, berkaitan dengan Program LINUS.

Pada pendaftaran ini juga, ibu-bapa Tahun 1 diberikan buku teks untuk anak-anak mereka, pembayaran Yuran Sekolah dan belian alatan persekolahan di Kedai Sekolah.
Terima kasih pihak SKS kepada semua ibu bapa kerana memberikan kerjasama yang baik semasa sesi pendaftaran ini.Kepada guru-guru SKS, anda yang terbaik!Terima kasih.
Previous
Next Post »