MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2011



Salam dan selamat sejahtera.
Sesi persekolahan 2011 akan bermula tidak lama lagi.Pihak pengurusan sekolah telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2011.

Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan Guru Besar;En Alias bin Dolah telah diadakan pada 27 Disember, bermula jam 830 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat.Dalam mesyuarat ini, banyak perkara yang diperkatakan oleh Tuan Guru Besar lebih berkisar kepada kerja buat semua guru untuk sesi 2011.Guru Besar meletakkan harapan yang amat tinggi kepada guru-guru, semoga kecemerlangan yang dicapai sebelum ini akan dapat diteruskan, dikekalkan dan menjadi 'tradisi' kepada SKS, bertepatan dengan visi dan misi sekolah untuk menjadi sekolah yang sentiasa gah dengan kecemerlangan, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum menjelang tahun 2013.
Dalam mesyuarat ini jugak, GB memaklumkan bahawa terdapat beberapa pertukaran yang melibatkan gugu-guru SKS.Nama-nama guru yag bertukar dan ditukarkan ke SKS sesi 2011 akan Admin muat turun semula dalam blog ini nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1030 pagi, guru-guru dijamu dengan nasi minyak di kantin sekolah.Mesyuarat diteruskan lagi jam 11 pagi, dan berakhir pada jam 2 petang.
Previous
Next Post »