MAJLIS PERSARAAN PUAN LIJAH BINTI SULAIMAN

Tanggal 1 Julai 2013, SK Sura telah mengadakan majlis persaraan seorang lagi guru iaitu Puan Lijah binti Sulaiman. Puan Lijah adalah seorang guru agama yang mula mengajar dari tahun Mei 1980. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan Pengerusi Kelab Guru, ucapan Guru Penolong Kanan 1 dan ucapan yang diraikan iaitu ucapan Puan Lijah.
Acara kemuncak majlis adalah acara memotong kek persaraan dan gimik persaraan iaitu acara menanam pokok bunga ros sebagai simbolik persaraan di perkarangan surau sekolah. Semoga Puan Lijah tabah menghadapi hari-hari yang akan mendatang setelah bersara lagi. Selamat bersara...






Previous
Next Post »