MAJLIS PERSRAAN GURU BESAR SK SURA

Majlis Persaraan Guru Besar SK Sura, En Alias bin Dolah telah diadakan di SK Sura pada 9 Julai 2013       ( Selasa ). Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Hj Bakar bin Jusoh. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis ( En Zulkifli ), bacaan doa, ucapan wakil murid, ucapan wakil guru ( En Nor Nizam ) dan ucapan yang diraikan iaitu Guru Besar SK Sura ( En Alias bin Dolah ). Selepas itu majlis diserikan lagi dengan persembahan sketsa oleh murid-murid Tahap 2 dan nasyid serta persembahan nyanyian oleh murid Tahap 1.
Selepas itu, acara memotong kek persaraan oleh Tuan Guru Besar dan isteri, sesi bergambar, dan acara gimik pula iaitu acara perasmian bilik guru baru oleh Tuan Guru Besar.
Kemuncak acara ialah majlis bersalam-salaman dengan murid-murid dan guru-guru. sesungguhnya majlis persaraan ini merupakan kenangan manis buat Tuan Guru Besar dan satu kehilangan besar bagi pihak sekolah. Pada sebelah petangnya pula majlis persaraan disambut di Hotel UiTM dan dihadiri oleh warga SKS, Majlis Guru Besar Daerah Dungun, Pegawai PPD Dungun, Guru-Guru Besar sekitar daerah Dungun dan beberapa pegawai lain. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara buat En Alias bin Dolah dan tabah menghadapi hari-hari yangn mendatang bersama keluarga tercinta.












Previous
Next Post »