MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BULAN MATEMATIK 2013

Pada hari Khamis ( 27 Jun 2013 ) , berlangsung majlis penutup dan penyampaian hadiah sempena Bulan Matematik SK Sura 2013. Terdapat 5 pertandingan dijalankan yang melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis penutup dan penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh GPK Kurikulum, En Elias bin Jusoh. Bulan Matematik bermula pada 16 Jun hingga 27 Jun 2013. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan sekolah yang membantu pihak Panitia Matematik menganjurkan pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Pengerusi Panitia Matematik iaitu Puan Sazlinda binti Ramli dan juga guru-guru Matematik yang lain. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang terutama kepada pemenang Mohd Fidaey ( Tahun 6 ) yang membawa pulang hadiah berupa sebuah basikal..Terima kasih semua dan kita akan teruskan lagi aktiviti seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang...








Previous
Next Post »