PERTANDINGAN MASAKAN DAN NYANYIAN UNIT BERUNIFORM 2011

HARI : SELASA

TARIKH : 28 JUN 2011

MASA : 1.30 – 3.30 PETANG

Jawatankuasa Badan Beruniform bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Masakan dan Nyanyian Unit Beruniform 2011 pada hari dan masa seperti di atas.

Pertandingan Masakan

Setiap unit menghantar 2 pasukan masakan iaitu satu pasukan berasaskan mee dan satu pasukan berasaskan tepung gandum.

Mee dan tepung gandum akan disediakan oleh pihak penganjur, manakala bahan-bahan dan peralatan lain akan disediakan sendiri oleh unit masing-masing.

Satu pasukan mengandungi 3 orang peserta yang akan memasak satu menu berasaskan gandum dan satu pasukan 3 orang berasaskan mee.

Pertandingan Nyanyian

Setiap unit menghantar 2 pasukan nyanyian. Lagu yang dibenarkan adalah lagu unit masing-masing. Setiap pasukan menngandungi 10 orang peserta.

Masa untuk pertandingan masakan dijalankan secara serentak iaitu pertandingan nyanyian diadakan di pentas Dewan Gemilang manakala pertandingan masakan diadakan di hadapan Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Muzik.

Borang pendaftaran peserta boleh diambil dari Penyelaras Badan Beruniform iaitu En Sabudin bin Mahmud sebelum cuti sekolah.

Pasukan Pertandingan Badan Beruniform terdiri daripada

1. Pengakap 2. Tunas Kadet Remaja Sekolah 3. Persatuan Bulan Sabit Merah 4. Puteri Islam 5. Tunas Puteri




Previous
Next Post »