PERTUKARAN CIKGU HILMI KE PPD DUNGUN

Salam sejahtera.

Seorang guru SK Sura akan bertukar ke Pejabat Pelajaran Dungun sebagai Pegawai LINUS berkuatkuasa 15 April 2011 iaitu Cikgu Mohd Hilmi bin Mohd Zin. Semoga beliau dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang Pegawai Khas Kurikulum ( Linus Numerasi ) di PPD. Cikgu Hilmi ( gambar tengah ) telah pun melapor diri pagi tadi ( 18 April 2011 ) dan akan bertugas di PPD pada hari Ahad depan. Semoga Cikgu Hilmi gembira selalu di tempat baru dan jangan lupa kami di sini. Sekolah kehilangan 2 orang cikgu Matematik iaitu Cikgu Mohd Din bin Jusoh yang bertukar ke PPD sebagai Pegawai Linus pada 1 Disember 2010 dan Cikgu Mohd Hilmi yang bakal menyusul.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan Cikgu Hilmi terhadap sekolah ini.

Wassalam.
Previous
Next Post »