MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN GURU BERTUKAR

Pengerusi Kelab Guru menyampaikan
taklimat semasa perjumpaan tersebut

Sebahagian AJK Kelab Guru yang hadir

Salam sejahtera

Untuk makluman semua, pihak AJK Kelab Guru SK Sura telah membuat satu perjumpaan pada hari semalam ( Isnin - 18 April 2011 ) di bilik mesyuarat untuk berbincang tentang majlis jamuan perpisahan guru-guru yang bertukar. Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Guru yang baru iaitu Cikgu Kamarozaman bin Salleh. Admin merupakan salah seorang daripada AJK tersebut. Hasil perjumpaan tersebut, pihak AJK memutuskan untuk mengadakan jamuan perpisahan untuk 7 orang guru SK Sura yang bertukar ke sekolah lain seperti berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 23 April 2011
Masa : 1.30 - 3.30 petang
Tempat : Hotel UiTM Dungun

Semoga semua guru dan kakitangan dapa t menghadirkan diri.
Wassalam
Previous
Next Post »