KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2010











Badan Disiplin dan Pengawas di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM), telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas di Merantau Inn Beach Resort pada 25-27 Mac.Pengawas yang terlibat seramai 60 orang, terdiri dari pengawas tahun 5 dan 6.Program yang dijalankan dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah, bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pengawas sekolah, bagi membina jati diri supaya lebih berani dan beketerampilan dalam kemimpinan.Ia juga bertujuan untuk membina sikap kerjasama dan tolak ansur sesama pengawas, demi membentuk budaya kerja dan tugas yang lebih baik dan kemas.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak ke arah LDK, dengan harapan pengawas-pengawas berani untuk bercakap dan memberi idea serta pendangan yang baik.

Di akhir program, juga diadakan Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas, yang telah disempurnakan oleh OCS Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Badan Disiplin dan Pengawas mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada GB,semua PK dan semua AJK BDP kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa kem ini dijalankan.Jumpa lagi di tahun hadapan.
Previous
Next Post »