PERKHEMAHAN TAHUNAN 2010





Seperti biasa,setiap kali menjelang akhir tahun persekolahan, pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum mengadakan Perkhemahan Tahunan yang melibatkan unit-unit beruniform seperti Pengakap,PBSM,Kadet,Puteri Islam dan Pandu Puteri.

Perkhemahan diadakan pada 14-16 Oktober, dimana pesertanya terdiri dari murid-murid tahun 4 hingga 6.Antara aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, lari berhalangan, aktiviti stesen, riadah, 'konvoi malam',malam kebudayaan dan pertandingan masakan.Untuk tahun ini, sedikit penambahan aktiviti telah dilakukan, di mana peserta-peserta di bawa ke Hutan Lipur Bukit Bauk, Dungun untuk aktiviti jungle tracking.
Perkhemahan ini diketuai oleh Cikgu Shamsul Bahari selaku Kem Komander dibantu oleh Cikgu Kamaruzaman Osman selaku Pen. Kem Komander serta AJK perkhemahan.Untuk tahun ini juga, pihak sekolah telah memperuntukkan buluh untuk setiap unit sebagai bahan untuk dijadikan gajet dapur,tempat makan dan juga pintu gerbang.Alhamdulillah, perkhemahan dapat dijalakan dengan baik hasil kerjasama dan sepakat semua guru dan komitmen yang baik dari semua peserta perkhemahan.
Previous
Next Post »