Pasukan Bola Baling Terus Cemerlang

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling L12 Zon Sura
Tarikh : 5 Feb 2018
Tempat : SK Batu 7, Dungun
Catatan :
Pasukan Bola Baling terus mencipta rekod cemerlang apabila sekali lagi muncul johan bagi kategori lelaki 12 tahun. Barisan jurulatih agak tidak senang duduk setelah diberi saingan sengit oleh pihak lawan iaitu SK Batu 48, Dungun. Walaupun telah mendahului kedudukan pada masa pertama, namun pihak lawan telah berjaya merapatkan jurang gol pada separuh masa kedua. Barisan pemain dan jurulatih dapat menarik nafas lega  setelah wisel penamat dibunyikan.

Keputusan Perlawanan Akhir
SK Sura (3) vs SK Batu 48 (2)





Previous
Next Post »