MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI GURU DAN MURID BAGI BULAN JANUARI HINGGA MAC 2014 BERSAMA PULUT KUNING

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Sura menerusi Program Guru Penyayang telah mengadakan sambutan hari lahir bagi semua murid dan guru yang menyambut hari jadi pada bulan Januari, Februari dan Mac 2014 pada 6 April 2014 semasa waktu perhimpunan.
Hampir 130 orang murid terlibat dalam sambutan ini. Admin juga salah seorang guru yang bersama-sama meraikan hari kelahiran tersebut.
Acara dimulakan dengan nyanyian Hari Jadi dan acara memotong pulut kuning yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, En Wan Abd Razak bin Wan Idris.. Sebagai simboliknya guru menyuapkan pulut kuning tersebut ke mulut murid. Majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sama-sama membantu menjayakan program seumpama ini.








Previous
Next Post »