KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK SURA 2014

















Bertarikh 3 hingga 5 April 2014, SK Sura telah menganjurkan satu lagi program besar iaitu Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang diadakan di D' Pengkalan Resort, Rantau Abang, Dungun. Seramai 62 peserta dari pengawas sekolah dan 45 peserta dari Pengawas Sumber telah menyertai kem tersebut. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Wan Abd Razak bin Wan Idris, Guru Besar SK Sura pada hari ke 3 di dewan resort tersebut. Banyak ilmu telah dicurahkan oleh guru-guru fasilatator terhadap peserta kem. 
Terima kasih kepada semua peserta kem dan juga barisan pihak pengurusan dan juga guru penyelaras aktiviti iaitu Cg Zulkifli Daud ( Pengawas ) dan Cg Jemilah Muda ( Pengawas Sumber ) dan juga AJK-AJK lain yang terlibat. 
Previous
Next Post »