WATIKAH PELANTIKAN PROGRAM RAKAN SEBAYA ( PRS ) SK SURA 2014

Pada 16 Mac 2014, berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) Peringkat SK Sura 2014. Ahli-ahli PRS pada tahun ini dipilih dari Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 4 dan 5. Kesemuanya berjumlah 32 orang. PRS ini adalah unit kecil dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. PRS diwujudkan bagi mendidik ahli-ahli PRS supaya dapat membantu rakan-rakan di dalam kelas masing-masing yang mempunyai masalah. Ahli PRS yang dilantik mestilah pandai membimbing dan membantu rakan-rakan mereka dan yang paling penting mestilah pandai menjaga rahsia rakan-rakan yang mempunyai masalah. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan membantu ahli PRS dari semasa ke semasa. Tahniah kepada mereka yang telah dilantik.






Previous
Next Post »