MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN KALI PERTAMA UPSR 2014

Program solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan di Dewan Gemilang SK Sura pada hari ini ( 27 Februari 2014 - Khamis ). Majlis tersebut dihadiri oleh ibu bapa murid Tahun 6, guru-guru SK Sura dan juga murid-murid UPSR 2014.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, ucapan Penyelaras UPSR, En Rusmadi bin Abdullah, ucapan Tuan Guru Besar, En Wan Abd Razak bin Wan Idris, bacaan Yasin, solat Isyak, seterusnya solat hajat dan diakhiri dengan jamuan minum malam di kantin sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa dalam menjayakan program ini.
Di sini, admin ingin berkongsi sedikit sebanyak foto berkaitan program ini. Terima kasih sekali lagi....


















Previous
Next Post »