MAJLIS PENYERAHAN E BOOK TAHUN 5 ( 2014 )

Bertarikh 10 Februari 2014 ( Isnin ), berlangsung Majlis Penyerahan e-Book Tahun 5 Bagi DUN Bukit Besi, DUN Rantau Abang dan DUN Paka bagi tahun 2014. Majlis diadakan di Arena Merdeka, Dungun pada jam 2.00 petang dan dirasmikan oleh YB En Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu Merangkap ADUN Bukit Besi. Majlis bermula dengan acara pendaftaran pelajar/ ibu bapa, nyanyian lagu Negaraku, ucapan wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, ucapan dan perasmian daripada YB En Roslee bin Daud, bacaan ikrar, penyerahan e book kepada murid Tahun 5, jamuan makan dan bersurai. Admin juga salah seorang guru yang bertugas sebagai AJK Pengurus pentas bersama 8 orang guru SK Sura. Selain AJK Pengurus Pestas seramai 8 orang guru kelas Tahun 5, 2 orang juruteknik komputer dan 2 orang pihak pengurusan iaitu Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 hadir ke majlis ini. Seramai 214 murid dari SK Sura menerima e book bagi tahun ini.
Sesungguhnya dengan adanya penyerahan e book ini sedikit sebanyak akan mengubah landskap pendidikan di negeri Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat ( ICT ) di peringkat awal persekolahan  lagi.











Previous
Next Post »