Program Gotong Royong membersihkan kawasan pantai melibatkan guru-guru SK Sura dibantu oleh pihak pengurusan, staf sokongan dan pekerja swasta diadakan di sepanjang pantai Kampung Sura. Warga SK Sura ditugaskan membersihkan di kawasan berhampiran Ulek Beach Resort bermula jam 7.30 pagi.
Program ini diadakan sempena Program Le Tour de Langkawi yang akan melalui sepanjang pantai ini pada hari Rabu ini ( 27 Feb 2013 ).