PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2012

Program Membaca 1Malaysia telah diadakan pada hari ini dari jam 8.00 - 10.00 di Dewan Gemilang. Peserta program ini terdiri daripada murid Tahun 6 seramai 247 orang . Seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan membaca kisah-kisah dari Al-Quran di hadapan pelajar-pelajar lain. Pertandingan tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Khairil Rashdi dan dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik di kalangan guru pusat sumber iaitu Cg Marlina dan Cg Jemilah. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakukan oleh GPK HEM, Tuan Haji Mansor bin Ismail.
Semoga program ini memberi semangat kepada murid untuk terus mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan mereka. Pihak admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya.



Previous
Next Post »