Salam sejahtera,
Pada 12 Januari ( Khamis ), Jawatankuasa UPSR sekolah telah mengadakan mesyuarat UPSR kali pertama pada jam 12.30 tengahari. Antara agendanya ialah ucapan Penyelaras, Ucapan Guru Besar, Laporan Keputusan UPSR 2011, Perancangan UPSR 2012. Seramai 40 orang guru Tahun 6 bersama barisan AJK UPSR baru dan lama menghadiri mesyuarat tersebut.
Semoga apa yang dirancang dalam Program UPSR tahun ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh semua guru terutama guru-guru Tahun 6.