MAJLIS PERESTUAN ILMU MURID UPSR 2011








Salam sejahtera,
Pada pagi tadi, 12 September 2011 ( Isnin ) , satu majlis Perestuan Ilmu untuk calon-calon UPSR telah diadakan di Dewan Gemilang SK Sura. Seramai 248 orang calon UPSR terlibat dalam program ini yang dianjurkan oleh Unit UPSR SK Sura. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis ( En Zulkifli bin Daud ), diikuti oleh kata-kata nasihat dan peransang oleh Tuan Guru Besar, En Alias bin Dolah dan seterusnya slot motivasi yang disampaikan oleh Penyelaras UPSR iaitu En Rusmadi bin Abdullah.
Majlis diteruskan oleh selawat dan bersalaman dengan guru-guru dan diakhiri dengan pembahagian buah kismis. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi. Kepada semua calon UPSR SKS 2011, admin dan pihak sekolah ingin merakamkan selamat menempuh peperiksaan dengan tenang dan akhirnya memberikan hasil yang terbaik untuk diri sendiri, sekolah dan juga keluarga.
Wassalam.

Previous
Next Post »