TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011

Salam sejahtera
Kepada ahli Pengakap Tahun 6 SK Sura, anda adalah dipelawa untuk menyertai Kem Jambori Malaysia dan " TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011" di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu. Tema Jamboree kali ini ialah " EXPLORASI WARISAN".
Sebanyak 16 buah negara terlibat dalam jamboree kali ini termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Brazil dan beberapa buah negara di rantau Asia Pasifik. Perasmian bakal dilakukan oleh Yang di Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 21 Nov 2011 dan akan ditutup secara rasminya oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said pada 24 Nov 2011.

Tarikh : 19 hingga 25 November 2011
Penyertaan : 20 orang sahaja ( lelaki dan perempuan )
Tarikh tutup penyertaan : 25 Ogos 2011

Aktiviti yang akan dijalankan :
a. Aktiviti Kemahiran
b. Litar Berhalangan
c. Aktiviti Air
d. Lawatan
e. Forum
f. Radio Amatur
g. Permainan Tradisional
h. Kraftangan
i. Lawatan dan Kembara bandar serta lain-lain

Bayaran adalah seperti berikut :

1. Pendaftaran RM 40.00
2. Pengangkutan pergi balik ( bas ) RM 30.00
3. Makan / minum RM 10 x 7 hari = RM 70.00
4. Urusan Kem RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM150.00

Borang penyertaan boleh diambil daripada Guru Penyelaras Pengakap, En Sabudin bin Mahmud mulai 19 Julai 2011 ( Selasa ).
Previous
Next Post »