PERTANDINGAN MASAKAN DAN NYANYIAN UNIT BERUNIFORM 2011












Salam sejahtera.
Pada hari ini 28 Jun 2011, Pertandingan Nyanyian dan Masakan Unit Beruniform SK Sura 2011 telah berjaya diadakan. Pertandingan tersebut dimulakan dengan ucapan Penyelaras Unit Beruniform yang juga Penyelaras Pertandingan iaitu En Sabudin bin Mahmud. Pertandingan bermula dari jam 1.30 - 3.30 petang.
Pertandingan nyanyian diadakan di Dewan Gemilang manakala pertandingan masakan ( mee dan tepung gandum ) pula diadakan di hadapan Bengkel Kemahiran Hidup. Hakim pertandingan nyanyian ialah Cg Abu Hanipah ( Ketua Hakim ), Cg CW Noor Azlina dan juga Cg Kamisah Muda.
Hakim bagi masakan pula ialah Cg Sobariah ( Ketua Hakim ), Cg Tuan Mazida, Cg Jemilah dan Ustazah Siti Zaleha.
Keputusan dan hadiah pertandingan akan disampaikan kepada pemenang pada hari Sabtu ini ( 2 Julai 2011 ) bersempena dengan akltiviti larian serentak 1 Murid 1 Sukan. Semua guru dan murid diwajibkan hadir pada hari Sabtu ini. Ini adalah sebahagian foto yang sempat diambil dan banyak lagi foto yang akan dimuatnaik dalam blog ini. Terima kasih
Harap maklum

Previous
Next Post »