PERTANDINGAN TILAWAH, BERCERITA DAN HAFAZAN PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2011

Peserta Bercerita Perempuan

Peserta Bercerita Lelaki

Salam sejahtera.

Pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi ( 21 April 2011 - Khamis ) berlangsung pertandingan Tilawah, Bercerita dan Hafazan Peringkat Daerah Dungun 2011 di SMA Kuala Abang, Dungun. 4 orang murid SK Sura, mewakili Zon Sura dalam pertandingan tersebut. Hanya seorang peserta Hafazan Kategori Perempuan SK Sura mewakili daerah Dungun ke Peringkat Negeri yang bakal berlangsung di Hulu Terengganu. 3 orang peserta lain tidak mendapat tempat di hati juri untuk ke peringkat negeri.
Apa pun pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat dan juga guru pengiring serta guru penasihat kepada peserta tersebut iaitu Pn Zalina binti Jaafar dan juga Pn Siti Zaleha.
Previous
Next Post »