MAJLIS JAMUAN PERTUKARAN GURU SK SURA





Salam sejahtera
Pada jam 1.30 - 3.30 petang tadi ( 23 April 2011 ), satu jamuan perpisahan guru-guru yang bertukar telah diadakan di Hotel UiTM. Seramai 7 orang guru yang diraikan dalam majlis tersebut. Antara guru-guru yang bertukar ialah Cg Zakaria Ismail, Cg Mohd Din, Cg Junita, Cg Sulmayati, Cg Che Zainab, Cg Mohd Hilmi dan Cg Shamsul Bahari. Beberapa orang guru yang diraikan tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang diraikan dan juga guru-guru dan kakitangan SK Sura kerana menjayakan majlis ini. Semoga dengan doa anda semua SK Sura akan terus gemilang pada masa-masa yang akan datang.

Pada masa yang sama ada satu lagi aktiviti pada hari ini iaitu Kem Kecmerlangan UPSR Fasa 1 yang dijalankan di Mayang Sari Resort iaitu dari semalam ( 22 - 24 April 2011 ). Kepada guru-guru yang bertugas di kem tersebut, semoga sukses selalu dengan tugasan anda.


Previous
Next Post »