Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Program Transisi 2015
Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang SK Sura
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah pentaksiran yang holistik yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor. PBS mempunyai 4 komponen iaitu Pentaksiran Berpusat(PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK).
Manakala Program Minggu Transisi pula akan diadakan selama 2 minggu iaitu pada minggu pertama (05-08 Januari 2015) dan minggu ke 2 (11-15 Januari 2015). Program ini melibatkan semua murid tahun 1. Antara objektif program ini ialah;
1. Mengenali dan membina hubungan mesra dalam kalangan murid-murid dan guru dalam masa yang singkat.
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosia ekonomi.
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baharu.
4. Memupuk semangat kerjasama yang padu.
5. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KSSR yang menyeronokkan.