Salam sejahtera
Mesyuarat Agung PIBG SK Sura kali ke 25 telah berjaya diadakan semalam di Dewan Gemilang SK Sura. Mesyuarat bermula dengan pendaftaran pada jam 8.30, ucapan YDP PIBG Tn Haji Mazlan, ucapan Tuan Guru Besar, En Alias bin Dolah dan ucapan perasmian oleh
YB Tuan Haji Zakaria@Mohd Ariffin bin Abdullah ( ADUN Kawasan Paka )
Mesyuarat Agung PIBG kali ini sebulat suara melantik En Azmi bin Awang ( guru SKS ) sebagai Setiausaha PIBG yang baru menggantikan En Azman bin Abdul Wahab. Di sini, kita berkongsi sedikit kenangan semasa Mesyuarat Agung Kali ke 25 tersebut.