HARI GURU PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2012




Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Dungun kali ke 41 telah diadakan pada 24 Mei 2012 di Dewan Serai Wangi, SMK Pulau Serai Dungun. Majlis tersbut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Matulidi bin Hj Jusoh ( Ahli Parlimen Dungun ). Tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi iaitu sesi pendaftaran tetamu. Selepas itu, ketibaan jemputan khas dan YB Parlimen Dungun. YB memulakan majlis dengan melakukan pemeriksaan perbarisan unit uniform guru-guru daerah Dungun. Admin ( En Sabudin ) juga merupakan salah seorang peserta perbarisan yang mewakili unit uniform pengakap.
Antara acara dewan yang dilangsungkan ialah sesi ucapan dan penyampaian anugerah kepada guru-guru daerah Dungun. Salah satu anugerah yang disampaikan oleh YB ialah Anugerah Inovatif Individu Kategori Sekolah Rendah. Pemenang anugerah tersebut ialah dari SK Sura iaitu Cikgu Che Rozali bin Che Mat. Tahniah kepada beliau. Sesungguhnya sambutan Hari Guru tahun ini amat bermakna buat semua warga pendidik di daerah Dungun.
Wassalam.
Previous
Next Post »